NGO-G3 Minta Polis Siasat Waytha dan Ganabatirau Kerana Memarakkan Rusuhan Kuil

NGO-G3 Minta Polis Siasat Waytha dan Ganabatirau Kerana Memarakkan Rusuhan Kuil

<img src="#G3.jpg" alt="NGO-G3 Minta Polis Siasat Waytha dan Ganabatirau Kerana Memarakkan Rusuhan Kuil">

                  Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, Waytha Moorthy

GAGASAN TIGA (G3)

Satu laporan polis (gambar di bawah) telah dibuat oleh pihak Gagasan Tiga (G3) hari ini di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur. Laporan tersebut berikutan kenyataan-kenyataan berbaur hasutan dan perkauman yang dikeluarkan oleh Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial, Waytha Moorthy, dan Adun DAP, V.Ganabatirau. G3 memberitahu polis bahawa kedua-dua mereka disyaki bersekongkol dengan DAP untuk menimbulkan kegusaran rakyat.
G3 juga menyatakan sokongan padunya terhadap PDRM dalam menangani isu rusuhan yang tercetus di perkarangan kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam di USJ 25, Subang Jaya. Dalam laporan tersebut, G3 mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, supaya melancarkan penyiasatan terhadap kedua-dua Waytha dan Ganabatirau bagi menilai sekiranya tindak-tanduk mereka disengajakan dan bertujuan untuk menimbulkan kegusaran rakyat di samping mencetuskan rusuhan perkauman dan keagamaan.

Raggie Jessy Rithaudeen
Penasehat Kehormat Gagasan Tiga Malaysia[G3]


<img src="#G3.jpg" alt="NGO-G3 Minta Polis Siasat Waytha dan Ganabatirau Kerana Memarakkan Rusuhan Kuil">

<img src="#G3.jpg" alt="NGO-G3 Minta Polis Siasat Waytha dan Ganabatirau Kerana Memarakkan Rusuhan Kuil">

    RELATED POST;
#BANTAH ICERD; Himpunan Aman Rakyat Malaysia [81218] Dataran Merdeka Kuala Lumpur
#BANTAH ICERD: "Perang Belum Tamat",Mantan Ketua Hakim Ingatkan Bangsa Melayu
Datuk Seri Anwar Ibrahim Perlu Segera Menjadi Perdana Menteri, Setujukah Anda?
DAP Tahu New-Hero Perpaduan Melayu-Islam Dato’ Azwanddin Hamzah 'Mampu Satukan Kekuatan Melayu Via JMM'
(Courtesy to  www.thethirdforce.net )

Share this:

Newest Post